Monday, March 2, 2009

17-Jan-2009 | Oleh: Razif Rosdi: Peminat Hadiah Lirik Lagu Buat Siti


Teks oleh Razif Rosdi


Jatuh bangun seseorang insan seni terletak kepada sokongan padu peminat. Atas faktor ini, jenama Siti Nurhaliza terus unggul walaupun ada yang cuba menjatuhkannya. Selain jutaan peminat di luar sana, Siti sentiasa mendapat sokongan daripada kelab peminatnya, Sitizone.

Bagi meraikan ulang tahun hari jadi Siti ke-30 (11 Jan), satu majlis anjuran peminat Siti berlangsung di Restoran Selera MY, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu. Bukan saja dari Malaysia, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran peminat dari Singapura dan Indonesia!

Kedatangan Siti bersama suaminya, Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa pada jam 1.30 petang itu disambut dengan gembira oleh Sitizoners. Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat dan majlis suai kenal antara geng Sitizoner dengan Siti.

"Terima kasih pada team yang terlibat dengan gathering pada hari ini. Terima kasih juga buat peminat dari Singapura dan Indonesia yang sanggup terbang ke sini.

"Syabas buat semua. Siti terharu sekali dengan sokongan Sitizoners dari awal Siti jadi penyanyi hingga sekarang. Siti
harap semuanya terima Siti seadanya.

"Sekarang umur Siti dah cecah 30 tahun. Dah masuk 3 Series. Tapi Siti mahukan angka ini yang banyak memberi kenangan," kata Siti dengan ceria.

Bagaimanapun, Siti tidak dapat menunggu lama iaitu sehingga penghujung majlis kerana beliau terlibat dengan acara di rumah sendiri.

Paling istimewa, selepas ucapan dari Siti, peminat bernama C-Teey Yati telah menghadiahkan lirik lagu berjudul Peminat kepada Siti. Tambah menarik, C-Teey dan seorang lagi peminat, Siti Fairuz, teleh mendendangkannya melalui lagu Wanita buat peyanyi kesayangan mereka itu


Ini adalah lirik lagu Peminat:


Peminat

Aku peminat, peminat yang setia
Pada Siti Nurhaliza
Pabila minat telah membukakan mata
Dan membuat hatiku ikhlas


Apakah salah jika aku mengejar
Apakah salah jika aku mengharap
Ikhlasnya hati yang setulus hati ini


Minatku ini takkan pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Minatku ini sentiasa bertambah
Walaupun kita berjauhan


Korus:

Aku peminat, peminat yang setia
Yang memang tak putus asa
Aku peminat, peminat yang setia
Mengharap kehadirannya


Apakah salah jika aku mengejar
Apakah salah jika aku mengharap
Ikhlasnya hati yang setulus hati ini


Satu yang ku mahu
Ku peminat yang hanya perlu kau fahami
Peminat oh aku peminat
Peminat


Hakcipta: Cteey-Yanti,SitiZone@Terengganu