Thursday, March 5, 2009

MUZIKKU..ADALAH MUZIKNYA..DATO SITI NURHALIZA…

5 March 2009- Sekarang ini aku sedang melepak kat dalam bilik sambil menikmati lagu-lagu alunan Dato Siti Nurhaliza. Setiap hari aku mesti kene dengar lagu2 beliau, tak kirela time tension, time happy, time sedih..aku kena jugak dengar lagu-lagu DCT. Cube bayangkan dari aku darjah 4, ayahku yg tersayang dah mula beli album die. Aku ingat lagi time tuh ayahku beli kasetlah, yelah zaman 1997 kan famous dengan Kaset..so CD mcm tak famous sgt waktu tuh.Tapi mase aku darjah 3 pun aku dah mule mengikuti karier beliau. AKu ingat lagi time DCT menang AJL 96, die jadi artis jemputan MHI. Dia pakai baju warna hitam mase tuh, bersama dgn Adnan Abu Hassan . Yelah, mase tuh aku tgh bercuti dengan family kat Shah Beach Resort, Melaka. So, lepaklah tgk tv. Wah…Kuat jugak memori aku nih. Ngeh3!!

Photobucket

So, bila aku nak pergi sekolah jer, wajiblah ayah aku putarkan lagu-lagu DCT kt dalam kereta antic ayahku (Galant warna putih). Dari situ, aku dah mula lah meminati lagu2 DCT. Mulalah aku hafal lagu AKU CINTA PADAMU, TIRAI SEMALAM, BISIKAN ASMARA.Aku ingat lagi,masa aku darjah 5, aku conduct kumpulan tarian dengan menarikan lagu Joget Pahang (ala..mesti muke aku budak2 giler time nih..Comel je menari dengan group 5 HIJAU) Mase tu juga aku kumpul duit sendiri tau beli Kaset Cindai nih. Bila aku dah beli je kan, Akak sulung aku putarkan kaset Cindai tuh kat dalam kereta sambil berkata ‘Alahai..Album ape lah yang kau beli nih?? Semua lagu2 asli??’ Aku budak2 lagi kan masa tuh, baru darjah 5. So aku pedulikan je ape die nak kate, janji aku minat. Mase inilah aku mula beranikan diri dalam nyanyian lah. Sebelum ini agak pemalu lah. Aku dah mula jadi ketua Qoir kat sekolah aku tapi belum menyanyi secara sololah.

Then, mase aku darjah 6 tahun 1999. Aku ingat lagi waktu nih DCT membuat KONSERT DI BUKIT JALIL TANGGAL 30 SEPTEMBER 1999. Waktu ini juga Sekolah aku buat rombongan ke Kuala Lumpur. Mase ini aku seronok sangat2 coz Sekolah aku ade nyatakan nak membuat rombongan g Stadium Putra Bukit Jalil. Aku pun dah berangan nak suruh DCT Sign kat buku tulis aku. Hehehe. Almaklumlah budak2 buku tulis pun jadilah.Ha3. Pastu, yg aku sedih, Cikgu aku cakap tak jadi g Stadium cz DCT tgh buat konsert!! Sedih sgt time tuh, tapi Bas Sekolah tetap lalu dpan Stadiumlah. So, nampaklah lampu2 kat konsert tu..Sedihnye!!! dalam hati tertanya..bile lah nak jumpe Kak Siti Nurhaliza?Hu3. Tapi masa balik je pihak sekolah bawa kami ke EKSPO PESTA BUKU. Aku bukannye beli buku, tapi aku beli buku Biografi DCT.Ha3.Tapi aku syg sgt mjlah tuh,semue gmbr2 DCT ade warne tau,skrg dah hilang tah ke mane. Sedih!!!

Photobucket

Pastu, aku selalulah menyanyi lagu2 DCT kat rumah, kat bilik darjah. Kire dari kecik aku hidup dengan lagu2 DCT lah. Mungkin sebab tuh aku agak terikut sedikit style menyanyi beliau. Aku bangge jugak dgn diri aku coz aku juga pernah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi banyak pertandingan Karoke. Aku ingat lagi lagu pertama aku menang adelah Lagu dari album PANCAWARNA,’Warkah Seorang Lelaki’. Lepas tuh, peringkat sekolah, Lagu Percayalah, peringkat negeri Melaka, Naib Johan, lagu Bukan Cinta Biasa,pastuh Teratai Layu Di tasik Madu, Naib Johan Negeri Melaka. Kira banyak lagi lah aku menang..sampai terlupa lah. Nak kata suare aku ni sedap, taklah sedap mane..cume pemilihan lagu tuh sangat penting untuk menang. Gaya pun kena ade. Aku nak ucap thanks gak kt DCT cz melalui lagu2 dielah aku banyak memenangi pertandingan Karoke.


DATO SITI ADELAH ROLE MODEL AKU UNTUK BERJAYA

Hati aku tertanya waktu tu, bilalah dapat berduet dgn DCT, tapi mungkin mustahil lah bagi aku cz beliau adalah artis No.1 negara. Aku ni sekadar berangan je boleh lah. Tahun 2007, aku pun berhijrahlah ke KL untuk bekerja. Tapi 1st time dapat jumpe DCT mase kat HOTFM!! Time tuh melompat2 aku!!! Then, aku mulelah aktif dalam SITIZONE mase Ogos 2008 (Sbnrnye aku lame aktif tp skdr website jelah). Then, time Open House, Fethri TV3 asyik pggil aku je untuk jwb soalan pasl lagu2 DCT. Kire semue aku dapat jwablah. Sampaikan aku kena nnyi lagi lagu ‘SUARA TAKBIR’ di hadapan idolaku, Dato Siti Nurhaliza!!! Akhirnye tercapai la gak 1 impian aku. Lepas dh nnyi tu je, Dato Ct sempat tanye ‘Siti Fairuz ini pengunjung Sitizone ye?’ aku pun mnjwb ‘ye’ then die ckp ‘Sedap suare..leh jadi artis nih’ hu3. Merengzz. Jadi aku mulelah ramai geng SZ nih.


Takkan Lupekan Detik Menyanyi lagu SUARA TAKBIR depan Dato Siti

Kenangan yang paling aku tk dapat lupekan adelah waktu di Laman Santai. MAse tuh aku frust giler tak dapat beli jaket die. Pastuh, die seolah2 tahu yg aku frust. Mungkin die tahu yg aku agak pandai nyanyi, dan die bisikkan sesuatu kat Ifa Raziah sambil menunjuk ke arah aku. Dan takku sangke Dato Siti jemput aku duet dgn die lagu KU MAHU!!!! Aku excited sgt3 waktuh tuh dapat duet dgn DCT lagu Ku Mahu!! Aku tak sngke DCT masih ingat lagi name aku. Sambil memeluk belakang aku ‘INilah peminat saye, CT Fairuz namenye’ Aku rase mcm Mimpi + nak pengsan pun ade. Betul ke ape yg aku rase ini?? INlah impian aku dari bangku sekolah lagi. Walaupun duet suke2 saje tapi ia amat bermakna bagi aku. Dato Siti, terime kasih cz dah merealisasikan impian saye nk nnyi dgn DCT. Terharu sgt cz DCT still ingt peminat2 die. Hope dapat jadi macam DCT satu hari nanti. Berjaye dalam kehidupan. Aku Nak jadikan Dato CT role model aku…HAi…memang takkan ade pengganti selain DCT…….Selamanya meminati Dato Siti Nurhaliza……………



Photobucket
First time aku Jumper Idolaku..tahun 2007


Photobucket
Dulu..Kini..Dan Selamanya...


Ctea Fairuz..Seikhlas hati menjadi Peminatmu...

Monday, March 2, 2009

17-Jan-2009 | Oleh: Razif Rosdi: Peminat Hadiah Lirik Lagu Buat Siti


Teks oleh Razif Rosdi


Jatuh bangun seseorang insan seni terletak kepada sokongan padu peminat. Atas faktor ini, jenama Siti Nurhaliza terus unggul walaupun ada yang cuba menjatuhkannya. Selain jutaan peminat di luar sana, Siti sentiasa mendapat sokongan daripada kelab peminatnya, Sitizone.

Bagi meraikan ulang tahun hari jadi Siti ke-30 (11 Jan), satu majlis anjuran peminat Siti berlangsung di Restoran Selera MY, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu. Bukan saja dari Malaysia, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran peminat dari Singapura dan Indonesia!

Kedatangan Siti bersama suaminya, Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa pada jam 1.30 petang itu disambut dengan gembira oleh Sitizoners. Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat dan majlis suai kenal antara geng Sitizoner dengan Siti.

"Terima kasih pada team yang terlibat dengan gathering pada hari ini. Terima kasih juga buat peminat dari Singapura dan Indonesia yang sanggup terbang ke sini.

"Syabas buat semua. Siti terharu sekali dengan sokongan Sitizoners dari awal Siti jadi penyanyi hingga sekarang. Siti
harap semuanya terima Siti seadanya.

"Sekarang umur Siti dah cecah 30 tahun. Dah masuk 3 Series. Tapi Siti mahukan angka ini yang banyak memberi kenangan," kata Siti dengan ceria.

Bagaimanapun, Siti tidak dapat menunggu lama iaitu sehingga penghujung majlis kerana beliau terlibat dengan acara di rumah sendiri.

Paling istimewa, selepas ucapan dari Siti, peminat bernama C-Teey Yati telah menghadiahkan lirik lagu berjudul Peminat kepada Siti. Tambah menarik, C-Teey dan seorang lagi peminat, Siti Fairuz, teleh mendendangkannya melalui lagu Wanita buat peyanyi kesayangan mereka itu


Ini adalah lirik lagu Peminat:


Peminat

Aku peminat, peminat yang setia
Pada Siti Nurhaliza
Pabila minat telah membukakan mata
Dan membuat hatiku ikhlas


Apakah salah jika aku mengejar
Apakah salah jika aku mengharap
Ikhlasnya hati yang setulus hati ini


Minatku ini takkan pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Minatku ini sentiasa bertambah
Walaupun kita berjauhan


Korus:

Aku peminat, peminat yang setia
Yang memang tak putus asa
Aku peminat, peminat yang setia
Mengharap kehadirannya


Apakah salah jika aku mengejar
Apakah salah jika aku mengharap
Ikhlasnya hati yang setulus hati ini


Satu yang ku mahu
Ku peminat yang hanya perlu kau fahami
Peminat oh aku peminat
Peminat


Hakcipta: Cteey-Yanti,SitiZone@Terengganu