Wednesday, March 28, 2012

PENGORBANAN IBUKU




Mata redup mak melilau melihat pekerja2 kontrak yg sdg tekun memecahkn batu konkrit di halaman rumah.Mak tekun mmerhati dn memantau.Ataupn mngambil idea bhagian mna yg hndak ditambah dan bhagian mna yg ingin dipecah.Sesungguhnya di rumah kecil inilah mak mmbesarkn kami adik bradik. Dari zaman mak melahirkn saya dan empat lagi adik2. Rumah ini saksi sgala.

Tidak pernah pula mndengar mak merungut mahukan rumah yg lbih bsar atau wang bguni. Itu yg mmbuat kn kami adik bradik kagum dgn mak. Mak mmg wanita kental. Bbgai2 liku,onak dan duri yg mak lalui utk mmbesarkn kami semua.

Pernah suatu ketika mak 'mati akal'. Kami semua masih kecil. keluarga btambah sedangkn di dlm kluarga hanya mak yg menanggung sgala perbelanjaan. Sbiji bwg bsar mak gunakn scara bjimat utk mknn kami spnjg bulan. Sebiji telur rebus mak bahagikn kpda beberapa bahagian utk kami mkn. Menu harian? Bubur,ikn bilis goreng dan kicap manis.Sudah ckup mgenyangkn.

Mak pernah bcerita yang saya ketika berumur 2 tahun ingin minum susu.Susu habis.Mak tidak boleh bbuat apa2 mlainkn mncampurkan air suam dgn gula lalu diberikn kpada saya.Dibalingnya botol susu itu lalu menangis sekuat hati.Hanya juraian air mata yg mngalir di kelopak mata mak.

Dahulu,setiap hari van menjual ikan akan singgah ke taman perumahan kami utk mnjual ikan mahupun sayuran segar kepada para surirumah untuk dijadikan mkn tgahari.Jiran2 yg lain mmbeli dgn senyuman.Mereka bkumpul dan sempat btanya khabar tak kurang juga bgossip.Al-maklumlah,org perempuan.Tetapi tidak untuk mak saya.

Setelah semua jiran2 selesai dgn urusan jual beli,mak tabahkn hati untuk 'bdepan' dengan Tok Haji,pnjual ikan itu.Ditahannya van ikan itu betul2 di hadapan rumah kami.Tok Haji mmbuka boot blkang van utk mak 'memilih' ikan.Sangkanya.

"Ye puan.Mcm2 ikan ada.Pilih yg mana suka.".Tok Haji melemparkan senyuman.

"Begini,bolehkah saya bhutang? Saya kkurangan wang pada minggu ini.Saya bjanji akan mmbayar duit ikan2 yg saya ambil hari ini pada minggu hadapan."kata mak memberanikan dri. Penuh harapan.

Tok Haji mencuka.Ditutupnya boot van blakang.

"Saya tak galakkn pelanggan saya bhutang!"kata Tok Haji dgn nada yg keras.Langsung tidak melirik ke arah mak.

Van dipandu laju meninggalkan mak yg terkebil2 mmbatu disitu.Tidak dpt saya byangkn perasaan mak ktika itu.Mesti malu besar!

Akhirnya mak mncari jalan pnyelesaian yg terakhir dgn mmbeli brg2 dapur dgn tauke cina di kawasan perumahan kami,dgn cara bhutang.Mak bsyukur krana dpt mmberi ank2 sdikit zat.Namun,sehingga ke hari ini,mak masih terkilan dgn sikap org melayu kita yg tidak sanggup tolong kaumnya sendiri.Tok Haji!Konon!Tak semestinya org yg turun naik Haji 10 kali itu bhati mulia.Tak semestinya bkopiah dan btanda hitam di dahi itu btolak ansur.Dan tak semestinya org yg blainan kaum dgn kita tidak bhati perut.Sedih dgn situasi ini.

Pernah juga suatu ketika mak mngandungkn adik saya yg keempat,7 atau 8 bulan usia kandungannya.Mak pernah bjalan kaki ke sekolah!Pada masa itu,mak masih mngajar di skolah menengah yg jarak pjalannya 15 minit jika mnaiki kereta.Jadi bayangkn jika bjalan kaki dgn perut yg sarat mngandung.Ya Allah!Saya hanya mampu beristighfar!

Ketika itu,kereta ayah seringkali rosak.Al-maklumlah,kereta lama.Ketika itu,kereta ayah tidak boleh dipandu kerana keempat2 tayarnya telah haus permukaannya.Botak.Kadang kala ditampal juga untuk mmudahkan perjalanan.Namun tidak bhasil. Faktor kesempitan wang membantut kan segalanya. Trpaksalah mak bjalan kaki ke sekolah demi mncari rezeki untuk keluarga. Melihat mak keluar dari rumah seawal 5 pagi untuk ke sekolah, membuatkan saya pernah menangis dan tiap2 pagi menjengah dari tingkap, dengan harapan ingin menemani mak berjalan kaki sama-sama...Dengan tangan mak memegang payung, beg dan buku rekod setebal bata. Perlahan-lahan mak bjalan brseorangan diselubungi kabus pagi.

Tidak dpt dibayangkan betapa tabahnya mak mnjalani khidupan ini sbagai seorang anak,isteri,ibu dan guru.

Saya sbg anak hanya akan melakukan yg tmampu untuk mmbalas jasa mak.Walaupun saya tak mampu untuk memberi mak harta kbndaan,saya akan berusaha untuk melihat mak gembira.

Tak mampu mneruskan tulisan lagi...

DiambiL daripada blog kakak saya - http://ungupurple-diaridimensi.blogspot.com/

''KAMI SAYANG MAK''

No comments: